Thursday
Nama kelas : Tadika Matahari
Bilangan murid : 15/15 orang
Umur : 6 tahun
Minggu & hari : 26 & khamis
Tarikh : 28 Jun 2012
Cadangan masa : 9.10 pagi – 9.40 pagi (30 minit)
Tema dan tajuk : Diri saya (kawan saya)
Tunjang utama : Tunjang kemanusiaan (KM)
Tunjang disepadukan :
i. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI)
standard pembelajaran utama :
i. (KM 3.1.2) Bercerita tentang rakan
standard pembelajaran yang disepadukan :
i. (KTI 2.1.13) Menyanyi dengan gerakan
objektif : pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Bercerita tentang kawan baik sendiri.
ii. Melakukan pergerakan sambil menyanyi dengan baik.
pengetahuan sedia ada : murid sudah mengetahui tentang diri kawan sendiri.
penerapan nilai : semangat, kerjasama
alat bantu mengajar : puppet haiwan(arnab,kura-kura,kancil,gajah), lembaran kerja, kain
KBKK : menjana idea
Rancangan Mengajar
Langkah/masa
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
|
catatan
|
Set induksi
(5 minit)
|
a. Guru masuk ke kelas sambil menyanyi lagu “kawan saya” dengan pergerakan kreatif.
b. Guru bertanya kepada murid siapa yang mempunyai kawan baik?
|
a. Murid terkejut dan tertarik dengan apa yang sedang dilakukan oleh guru dan tertanya-tanya aktiviti apakah yang ingin dilakukan oleh guru pada hari ini?
b. Murid menjawab dengan bersemangat soalan yang diberikan oleh guru.
|
ABM :
Objektif : (i)
Nilai : bersemangat
KBKK : menjana idea
|
Langkah 1
(10 minit)
|
a. Guru bercerita tentang kawan berpandukan kehidupan di hutan yang melibatkan haiwan (arnab, kura-kura,kancil,gajah) kepada murid menggunakan puppet haiwan (arnab,kura-kura,kancil,gajah).
b. Guru memanggil beberapa murid untuk murid bercerita tentang kawan mereka.
|
a. Murid terpegun dan bersemangat untuk mendengar guru bercerita tentang kawan yang melibatkan kehidupan di hutan.
b. Beberapa murid ke hadapan untuk bercerita tentang kawan dengan penuh bersemangat.
|
ABM : puppet haiwan (arnab,kura-kura,kancil,gajah)
Objektif : (i)
Nilai : semangat
KBKK: menjana idea
|
Langkah 2
(10 minit)
|
a. Seterusnya, guru melakukan satu aktiviti bermain berkaitan dengan kawan saya.
Cara – cara bermain:
- guru meminta murid membuat satu bulatan besar.
- Guru memanggil seorang murid untuk berdiri di tengah-tengah bulatan.
- Guru menutup mata murid tersebut dengan sehelai kain.
- Murid yang lain menyanyikan lagu “nenek nenek si bongkok tiga” sambil membuat pergerakan.
- Selepas murid habis menyanyi, guru akan berbisik kepada murid yang ditutup matanya dengan menyebut nama salah seorang murid yang lain.
- Murid tersebut perlu mencari nama murid yang disebut oleh guru.
- Jika gagal mencari, murid tersebut akan didenda seperti menyanyi lagu kawan saya.
|
a. Murid mendengar arahan guru dan bersemangat untuk bermain permainan yang dilakukan oleh guru berkenaan kawan saya.
|
ABM : kain
Objektif : (ii)
Nilai : kerjasama
KBKK : menjana idea
|
Penutup
(5 minit)
|
a. Guru bertanya kepada murid apa yang telah dipelajari pada hari ini.
b. Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid yang berkaitan tajuk kawan saya dan menerangkan bagaimana untuk menyelesaikan.
|
a. Murid bersemangat menjawab soalan guru.
b. Murid mendengar penerangan guru tentang lembaran kerja.
|
ABM : lembaran kerja
Objektif : (i), (ii)
Nilai : semangat
KBKK : menjana idea
|
Subscribe to:
Posts (Atom)